Tadabur Ayat Demi Masa

Perkataan al-Asr bukan sekadar mengajarkan kepada kita tentang masa, tetapi ia turut menekankan tentang “hasil.” Ya, hasil! Ini kerana perkataan al-Asr turut membawa maksud perahan masa yang kita gemblengkan sehingga menghasilkan sesuai.

Penggunaan lafaz "al-Asr" sangat mirip dengan perkataan "Asir" dalam bahasa Arab yang bermaksud perahan jus buahan yang menghasilkan minuman (yang enak). Dalam surah Yusuf, Allah pernah menyebutkan tentang “perahan” ini menggunakan perkataan “Asr.” Firman Allah:

إِنِّي أَرانِي أَعْصِرُ خَمْراً

“Sesungguhnya aku bermimpi melihat memerah anggur (untuk dijadikan arak). (Surah Yusuf: 36)

Dengan erti kata yang lain, perkataan al-Asr bukan sekadar ingin menekankan tentang masa tetapi hasil yang berjaya kita bangunkan daripada masa yang kita gunakan.

Sebagai contoh :

Saidina Abu Hurairah hanya sempat bersama Nabi ﷺ hanya 3 tahun sahaja, tetapi hasil yang beliau sumbangkan buat Islam ialah, beliau dikategorikan sebagai perawi hadith yang terbanyak meriwayatkan hadith!

Dengan itu benarlah kata-kata al-Shafi’e tadi bahawa memadai dengan surah ini, telah lengkap pengajaran yg diperlukan dari al-Quran. Pengajaran al-Quran berkehendakkan kepada implimentasi, iaitu menghasilkan tindakan dari mutiara yang terkandung di dalamnya. Ianya tidak sekadar hafazan yang tersemat di dada, ia perlu diterjemahkan kepada tindakan yang membuahkan hasil.

Semoga Allah membimbing kita.

Ulasan