Terkadang bantuan Allah itu datangnya tak pernah diduga, iaitu dengan kekuatan doa😊
=====
1. Ketika memohon agar dikurniakan anak, Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria menutup doa mereka dengan ayat yang menunjukkan keyakinan mereka bahawa Allah Maha Mendengar doa mereka.
2. Keyakinan mereka terhadap doa dan hubungan dengan Allah ini akhirnya membuahkan hasil. Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria dikurniakan anak walaupun dalam usia mereka yang sudah terlalu tua bahkan mereka sendiri mempersoalkan dalam dialog mereka. Kata Nabi Zakaria:
Ù‚َالَ رَبِّ Ø£َÙ†َّÙ‰ٰ ÙŠَÙƒُونُ Ù„ِÙŠ غُÙ„َامٌ ÙˆَÙ‚َدْ بَÙ„َغَÙ†ِÙŠَ الْÙƒِبَرُ ÙˆَامْرَØ£َتِÙŠ عَاقِرٌ
"Dia berkata: Wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dikurniakan anak sedangkan aku sudah tua dan isteriku tidak boleh mengandung." (Surah Ali Imran: 40)
3. Begitulah doa oleh kedua orang Nabi ini mendidik kita bagaimana Allah berupaya memberikan rezeki pada seseorang sekalipun dalam keadaan yang tidak kita sangkakan. Pusatkan keyakinan kepada Allah dalam doa kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Kredit: Dr Ahmad Sanusi
Ulasan
Catat Ulasan