Tips Penjagaan rambut bagi wanita berhijab
1. Rajin menyikat rambut
Untuk menjaga rambut, rajin-rajinlah menyikat rambut minimum empat kali sehari. Menyikat rambut sama juga seperti ‘mengurut’ kulit kepala yang bermanfaat untuk membantu kelancaran perjalanan darah. Sebaiknya gunakan sikat plastik yang bergigi jarang untuk mencegah kerosakan rambut. Hindari menarik garis belahan rambut hanya pada satu sisi sahaja kerana kerosakan boleh bermula daripada garis belahan rambut.
2. Pastikan rambut kering ketika memakai hijab
Jangan mengenakan hijab ketika rambut dalam keadaan basah, kerana kadar kelembapan yang tinggi itu akan menyebabkan kerosakan rambut serta bakal meninggalkan bau rambut yang tidak menyenangkan. Biarkan rambut kering secara semulajadi. Jika perlu menggunakan pengering rambut, gunakan dengan suhu yang rendah serta jarak 10-15 cm daripada rambut.
3. Gunakan produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (syampu) di pasaran sekarang. Tetapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang bersesuaian dan lebih bagus sekiranya menggunakan produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi.
Ulasan
Catat Ulasan