Tanda tanda Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut(HMFD)

*Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut – Dah Periksa Tanda-tanda Pada Anak Anda?*
.
Tak sangka, ramai rupanya yang bertanyakan saya pasal penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HMFD) ni. Untuk pengetahuan semua, penyakit ni SANGAT biasa di negara-negara Asia. Kalau diingat balik, penyakit ni dulu pernah menjadi wabak yang serius di negara kita. Seluruh Malaysia ada saja kes, sampai nurse punya cuti pun dibekukan.
.
Sebagai ibu dan bapa, kita kena bijak mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit ini. Bila dah kenal, mudah untuk ambil tindakan awal.
.
Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
.
❌Bermula dengan demam yang normal, biasanya 1-2 hari.
❌Sehari atau 2 hari selepas demam pulih, bahagian sekeliling mulut mula sakit. 
❌Biasanya terdapat bintik merah akan timbul dan kemudiannya menjadi ulcer. 
❌Bahagian yang terlibat seperti lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi.
❌Bahagian tapak tangan dan tapak kaki akan terdapat “rashes”, dan kadangkala disertai dengan gelembung air. Selain itu, kawasan alat kelamin juga boleh terkena symptom tersebut.
.
Sebaik-baik kepastian adalah melalui doktor. Jika symptom-simptom di atas terjadi dalam susunan (demam – sakit mulut – rashes di tangan dan kaki), maka segeralah bawa anak pergi ke hospital yang berhampiran.
.
.  
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Ulasan