Posisi Bayi Ketika Menyusu
Sebelum itu, apa yang perlu buat sebelum breastfeed kan anak anda? π±
πΌ✅ Ibu perlulah dalam keadaan tenang, duduk selesa tidak terlalu tegak.
πΌ✅ Bantal untuk menyokong belakang ibu dan tangan ibu semasa menyusukan bayi
πΌ✅ Kaki ibu perlu disokong iaitu letak bantal yang lembut.
πΌ✅ Sokong breast dengan tangan yang berbentuk " C " atau " U " , terutama jika breast ibu terlalu besar.
π± Posisi Menyusu mempunyai 4 Posisi iaitu :
1) Posisi Mendukung ( Cradle ) 2) Posisi Cross Cradle 3) Posisi Football / Crutch 4) Posisi Side Lying
1) Posisi Mendukung ( Cradle )
πPosisi ini sangat popular dikalangan ibu ibu dari zaman dahulu lagi. Ianya sangat mudah iaitu dukung sahaja. Akan tetapi jika cara dan posisi ibu tidak betul akan mengakibatkan tangan ibu lenguh.
πJika ibu yang bersalin secara C-Section atau mengalami puting tenggelam, posisi ini tidak sesuai dan agak sukar untuk keadaan ibu.
πPosisi ini boleh digunakan bagi ibu yang bersalin secara normal, tidak mempunyai puting yang tenggelam dan betul lekapan penyusuan bayi.
πPosisi ini tidak sesuai bayi yang mengalami bayi kuning atau bayi yang kurang matang( premature baby ) kerana bayi suka tidur oleh kerana posisi ini akan membuat bayi lebih tidur dan keadaan selesa bagi bayi.
2) Posisi Cross Cradle
π Posisi ini adalah mendukung bersilang.
π Posisi ini sangat sesuai untuk ibu yang breast besar, puting tenggelam, ibu bersalin secara C-Section dan mulut bayi kecil.
π Posisi ini menggunakan sepenuhnya kedua dua belah tangan ibu dan sesuai untuk ibu yang baru belajar untuk menyusukan anak.
π Tangan pertama akan mengampu payudara. Manakala tangan kedua menyokong bahu dan punggung bayi. Dengan cara dan posisi ini, ibu akan senang untuk merangsang bayi untuk membuka mulut dengan lebih luas iaitu dengan mainkan puting di mulut . Dengan itu, bila mulut bayi terbuka luas si ibu boleh suakan puting ke dalam mulut bayi.
3) Posisi Football / Crutch
π Posisi ini mudah bagi ibu. Sesuai bagi anak kembar kerana boleh menyusu secara serentak, mulut bayi kecil, nipple tenggelam, breast besar dan C-Section.
π Sesuai untuk bayi kuning dan suka tidur.
4) Posisi Side Lying
π Posisi ini paling mudah, senang dan disukai oleh ibu. π Sangat sesuai untuk C-Section π Posisi ini sesuai digunakan pada usia 3 bulan dan keatas da bayi sudah pandai untuk mencari keselesaan mereka ketika menyusu.
πΈ Inilah antara posisi yang boleh ibu praktikkan pada bayi ketika breasfeeding bayi mereka. |
Ulasan
Catat Ulasan