Ini memang sama sekali dilarang umat islam malah bagi bukan islam juga dilarang ambil semasa mengandung. Risiko bayi cacat fizikal dan mental sangat tinggi jika minuman ini diambil. |
Elakkan dari makan apa jua jenis ubat tanpa mendapat nasihat doktor ya! Takut nanti berlaku kesan sampingan pada bayi dalam kandungan |
Makanan ini bahaya kerana menyebabkan jangkitan kuman. Parasit dalam bahan mentah/daging mentah boleh akibatkan kelembapan dan kerosakan otak janin. Jadi elakkan dahulu ya sushi ibu! |
Ibu perlu jaga pemakanan kerana berkemungkinan akan mendapat kencing manis dan darah tinggi secara tiba-tiba semasa hamil. Hati-hati ya ibu |
Ini khusus untuk peminat tegar kafein. Tolonglah hadkan atau jangan ambil langsung minum ini ketika mengandung ya ibu. Kafien boleh menganggu perkembangan janin dan berat bayi semasa lahir |
Makanan laut yang bermerkuri tinggi adalah seperti ikan ikan besar, kerang dan sebagainya. Merkuri bahaya kerana menyebabkan kerosakan saraf bayi. Ambil tahu ye ibu! |
Ulasan
Catat Ulasan