Bila anak demam, secara automatik ibu dan ayah mesti ikut “demam” sama. Tak senang duduk jadinya.
.
Bagaimana caranya memandikan anak yang sedang demam?
.
Guna air sejuk?
.
Guna air suam?
.
Nak mandikan berapa lama?
.
Soalan-soalan di atas adalah antara yang selalu bermain di minda ibu dan ayah. Maklumlah, anak yang sedang demam ni sensitif. Apatah lagi kalau anak tu masih tak tahu bercakap. Macam mana nak tahu kan..
.
*Cara Mandikan Anak Demam Yang Betul*
.
15 minit mandian di dalam air hangat adalah sangat baik untuk merendahkan suhu demam anak. Ibu atau ayah kena pastikan suhu air tidak turun sepanjang mandian tersebut. Jika suhunya makin menurun, tambahkan air panas. Tetapi jika anak sudah mula menggigil, angkat dan pakaikan pakaian yang nipis.
.
Semasa menidurkan anak, guna pelapik nipis, jangan guna selimut yang tebal. Pengudaraan yang baik adalah sangat penting supaya haba dapat keluar tanpa terganggu.
.
.
Semoga Bermanfaat 🌹🌹
.
.
Ulasan
Catat Ulasan